Thursday, September 18, 2014

Bermula Perjalanan Itu


Kau rasa lelah?
Kau rasa penat?
Atau ketakutan itu menguasai diri?
Atau ketidakpastian kau merata-rata?


Kau dah bermula,
Jalan itu telah kau buka,
Suis itu telah kau petik,
Tapak itu harus lebih besar,
Kepantasan jua harus kau pertimbangkan lajunya,


Rasa keadaan malas itu hadir,
Pasti membunuh kadang membina,
Itu harus ditegah,
Berusahalan sekuatnya,
Aku percaya pada dirimu.


Acap kali jua jelmaan fikiran itu hadir,
Mahu kah kau menukar segalanya,
Segalanya ditentukan Illahi.
Kau laluilah dengan keberkatan.
Berkat Illahi, Berkat Ibu Bapa itu sendiri.


Bicara mu mungkin terbatas,
Akal mu jua mungkin menolak,
mungkin jua reseptor tidak berfungsi,
Namu percayalah,
Allah ada,
sentiasa ada.
Dimana saja.
Jangan kau lupa pada Dia!


:: Mungkin rasa penat,kusut,tidak mengetahui apa-apa itu menakutkan. ::
:: Sedarkah kita, takut itu menunjukkan manusia bergantung pada Maha Pencipta ::

No comments:

Post a Comment