Monday, February 8, 2016

Ulangtahun? Keraian atau peringatan!

Assalamualaikum.
Alhamdullilah.. Dapat sudah cecah angka 25..
Dah berada di muka bumi Allah 1/4 abad.
Tahap mana agaknya diri ini?

Ibadat cukup- cukup.. Entah-entah kurang.
Amal jariah.. Kadang ada kadang takde.

Allahuakbar.


Jadi disaat masih ada rasa keazaman dan diberi kesempatan, berubah ke arah yg lebih baik.
InsyaAllah.

Monday, January 4, 2016

Welcome 2016

Selamat Tahun Baru!

Azam baru?
cliche la hakak ni! Tajuk lain plishhh..
-
-
-
-
-
-
Semester dah nak habis..
Study? camtulah adik-adik..
Kawen? jauh lagi tu makcik,pakcik..
Harta? ada lah simpanan sikit-sikit.. Rumah, Kereta belum lagi.. Doakan lah ya!


Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan baik hendaknya!
Aminn..

Thursday, December 31, 2015

Dah Habis Tahun?

Hi Ollaalaa..

Kejejakan bersama amatlah singkat..

Rasa masa berlalu pantas..
sepantas sonic..

Dah nak habis 2015.. 31 Disember sudah..
Mr. Sarjana? ahhaaa.. 3 semester bersama..
dimana penghujungnya?
In sya Allah..

Azam baru?
Cer tengok list azam 2015?
Hahahahaha..
gelak dulu..

ada yang dah potong..
rasanya belum..
*gelak evil kuasa tiga..

Begitulah berlalu kisah-kisah kita bersama..
Plan malam ni?

Jom masak.. tahun baru kan..
esok kan nak diet..
so malam ni kena makan..

Gelak lagi kuasa sepuluh..
Selamat Tahun Baru buat diri sendiri yang masih single..
Tahun depan kawen jom..
Kahkahkah..

Thursday, July 2, 2015

Sedar Tak Sedar

Assalamualaikum..

here..here..here... i'm here..kakak here..
fuhhhhh.. lama bebenar...kan? kan? kannnnn?

Alhamdullilah..
Ramadhan dah cecah 15 hari.. selain kira kalendar..
lg satu sebab dah keluar lagu raya di corong radio..

curlashhhhh..

sedar tak sedar dah separuh puasa..
amalan dah banyak? kihkih
resepi dah banyak test??
almaklum, puasa 30 hari ni, banyak rakan-rakan FB post & sharing is caring resepi-resepi lengkap 30 hari gittew...
pembuka selera, main course, sampai ke dessert.. resepi air pun ada lagi.. jangan tak tahu..
info dihujung jari uolss... malas dengan rajin je..
*both thumbs upsss..

sedar tak sedar juga,
dah nak dekat 10 bulan bersama Mr. Sarjana..
alhamdullilah..
Allah masih bagi function otak berfikir...
"Sedarlah bahawa yang nikmat Allah yang mana yang kita nak nafikan.."
semuanya yang terbaik Dia bagi.. 

lagi-lagi bulan puasa ni.. Kena banyak bersyukur.. *#nowplaying Hafiz Hamidun Zikir Collection

Second presentation baru lepas Isnin ri tu..
result?? jangan ditanya...
kalau tak kena hentam, tak best la.. hahahaha  
*inside crying so muchh.. damn so muchh.. bengkak mata..

banyak kena improve..banyak kena faham..banyak kena study...
Jiwa kena tenang jawab soalan...berpeluh akak kat depan..
tu baru ala-ala tiup-tiup hembusan viva..
keringat uolss, kurang seploh gram lemak..kihkih.

Kepantasan buat kerja sepoloh kali lebih laju kaw-kaw..
apa je yang tak buat.. multitasking sangatt..
time tu report, time tu slide, time tu thesis, time tu SV, time tu la tak tidur..
kau mampuu.. gitteww..

Tapi nama pun study.. enjoy your life.. esok-esok dah kerja, *bila nak habis study? rindu la kan waktu study.. *yeke?
walaubagaimanapun... tetap kena improve yang terbaik.. In Sya Allah.. dengan izin Allah.

marilah bersama-sama doakan akak yang terbaik.. sama-sama yang terbaik dengan kamu semua juga..

XOXO,
with love, we learn.

Thursday, September 18, 2014

Bermula Perjalanan Itu


Kau rasa lelah?
Kau rasa penat?
Atau ketakutan itu menguasai diri?
Atau ketidakpastian kau merata-rata?


Kau dah bermula,
Jalan itu telah kau buka,
Suis itu telah kau petik,
Tapak itu harus lebih besar,
Kepantasan jua harus kau pertimbangkan lajunya,


Rasa keadaan malas itu hadir,
Pasti membunuh kadang membina,
Itu harus ditegah,
Berusahalan sekuatnya,
Aku percaya pada dirimu.


Acap kali jua jelmaan fikiran itu hadir,
Mahu kah kau menukar segalanya,
Segalanya ditentukan Illahi.
Kau laluilah dengan keberkatan.
Berkat Illahi, Berkat Ibu Bapa itu sendiri.


Bicara mu mungkin terbatas,
Akal mu jua mungkin menolak,
mungkin jua reseptor tidak berfungsi,
Namu percayalah,
Allah ada,
sentiasa ada.
Dimana saja.
Jangan kau lupa pada Dia!


:: Mungkin rasa penat,kusut,tidak mengetahui apa-apa itu menakutkan. ::
:: Sedarkah kita, takut itu menunjukkan manusia bergantung pada Maha Pencipta ::

Sunday, August 31, 2014

Kembali Ke Sekolah

Ehhem..ehhem..

Hi..Olaaaalalaa... *melambai-lambai
I'm here! here! here!


Selama beberapa bulan almost 7 months menganggur di rumah..
tanam anggur, cili, lada, bayam, ubi..
di belakang rumah! *tanaman yg tak pernah dapat hasil
memupuk, mengerat, menabur bakti & kasih sayang
kepada ibu bapa serta adik-adik tercinta..
*jadi driver emak, jadi driver bas sekolah adik-adik

Alhamdullilah..
Dapatlah kita sambung study!
So kembalilah kita ke sekolah beramai-ramai!

Sebelum ni nerves tahap maksima sebab terlepas apply online.
Luckily, still boleh apply manual!
Kalau tak sempat apply hari tu,
menanam lagi la untuk 6 bulan berikutnya.

So kita siap-siap prepare borang untuk registration.

Registration Date: 10/9/2014 (Wednesday)
Registration Time: 0900 - 1600
Registration Venue: Dewan Tunku Mahkota Ismail,UTHM 

InsyaAllah, kembali kita ke sekolah untuk sambung peringkat Sarjana.
YES, its hard! Need commitment. Need blessing from Allah for that!

It's so TRUE! Sumber Gambar dari [SINI]

So that,
"THE ONLY WAY 
TO DO A GREAT WORK
IS TO LOVE WHAT
I'M DOING!"

Belajar kerana Allah, di samping dapat mengembirakan hati parents.
Mudah-mudahan parents happy, kita dapat keberkatan, InsyaAllah.

So, ada yang join nanti daftar tak?
Because lonely ranger for next 2 years will be so sad!
How I miss my girls!
Gossip girls!

** Siapa yang nak daftar nanti, kita geng ok! Takmoh jadi lonely ranger! **
** All the best for u'olls too **

Till we celoteh-celoteh again! XoXo

Thursday, April 3, 2014

Tawaran menjadi Krew Kesayangan Radio HOT FM


Hoohhooo..

Tawaran dibuka sepanjang tahun..

Semua boleh memohon mendapatkan tempat di radio HOT FM. Bekerja dari rumah, universiti, kolej atau politeknik anda semua!

Gempak dan Best kan?

Kriteria ::

1) Pendengar setia radio Hot FM
2) Penggemar muzik
3) Peka dengan aliran muzik terkini

Lulus semua?Tak percaya?

Nah tengok kita dah dapat slip gaji!


Taraaaaaa... 

Awesome kan? Nak join? JOMMM..klik [Juri Radio Hot FM]

Boleh lah daftar diri menjadi juri muzik di radio Hot FM.. Next, tunggu email dari Hot FM.

Second Next, kata jadi juri, so juri kena bagi markah laaarr terhadap petikan-petikan lagu yang diberi.. *Percayalah, anda akan fefeeeling jadi Simon Cowell dekat America's Got Talent .

So, semua boleh cuba...
sambil mendengar radio Hot FM 
 + 
karaoke lagu-lagu feveret2 yang tengah airing 
jadi juri muzik
Boleh dapat hadiah dari Hot FM.


***** Alhamdullilah...TQ Hot FM. *****
TQ to Dalila Hot FM sebab kena GDex twice for me..
Semoga krew Hot FM terus success! Lepas ni boleh join contest Hot FM yang lain pula..